Skip to main content

Hiburan

Makin Dekat 10.10, Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Kongsi Butiran Perkahwinan DI Sidang Media Walimatul Urus Isnin Ini

Makin Dekat 10.10, Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Kongsi Butiran Perkahwinan DI Sidang Media Walimatul Urus Isnin Ini

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq akan mengumumkan butiran lanjut majlis perkahwinan mereka dalam sidang media khas pada Isnin ini di Kuala Lumpur.
  • Majlis akad nikah mereka dijadualkan pada 10 Oktober di Precinct Merdeka 118 dengan konsep serba putih dan elemen Arab.
  • Pasangan ini juga merancang majlis persandingan dan keraian di Muar serta Sabah, dan peminat boleh mengikuti perkembangan melalui platform Astro dan Sooka.
Advertisement

Pasangan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengumumkan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka menerusi satu sidang media khas, Isnin ini.

Organisasi media sudah menerima undangan ke Sidang Media Walimatul Urus Bella Astillah & Syed Saddiq yang dijadualkan berlangsung di sebuah pusat acara di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Peminat juga berpeluang mengikuti sidang media tersebut secara langsung menerusi platform Astro Gempak untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai persiapan hari bahagia pasangan itu.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan di acara MeleTOP.

Pasangan itu dijadualkan melangsungkan akad nikah di Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur sekali gus menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di lokasi berkenaan menerusi kolaborasi Astro dan Precinct Merdeka 118. 

Bagi majlis akad nikah, Bella dan Syed Saddiq memilih konsep serba putih dengan elemen Arab yang turut mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak. 

Selain Kuala Lumpur, pasangan tersebut turut merancang beberapa majlis persandingan dan keraian di Muar serta Sabah dalam bulan sama. 

Jangan lupa ikuti perkembangan majlis penyatuan dua hati Bella Astillah dan Syed Saddiq menerusi semua platform Astro dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

Must Watch Video

Advertisement