Pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed Abdul Latif meninggal dunia di kediamannya 4.26 pagi ini.

Perkara itu disahkan cucu allahyarham, Mohamed Shamer Shahul Hameed menerusi kenyataan awal pagi Rabu.

Allahyarham yang berusia 92 tahun merupakan pengasas kepada jenama Habib yang terkenal dengan jualan barangan kemas keluaran Malaysia sejak lima dekad lalu.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Allahyarham mempunyai lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit.

Allahyarham ketika hayatnya aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti Pulau Pinang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Saudagar Emas serta Pengurup Wang Pulau Pinang.

Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan anugerah ‘Tokoh Maal Hijrah” daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumber: Astro Awani