Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
Firdaus
05/08/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Senarai ini adalah sebagai panduan dalam menawarkan perspektif untuk membantu pelajar-pelajar universiti berkaitan institusi yang menjadi pilihan majikan untuk meningkatkan prospek pekerjaan apabila para graduan menamatkan pengajian mereka.
Data bagi panduan ini diekstrak dari analisa penuh berdasarkan Talentbank National Graduate Employability Index di mana penilaian terhadap tahap kebolehpasaran para graduan di Malaysia telah dijalankan.
Pendekatan strategik ini dijangka akan menaikkan taraf kebolehpasaran para graduan, membolehkan mereka untuk bersiap sedia untuk peluang pekerjaan dengan pendapatan yang berdaya saing.
Dalam pada itu, ia juga bertindak sebagai panduan untuk membimbing para graduan menerusi pandangan dari lebih 700 majikan terkemuka seperti Intel, TDCX, ANT International, Huawei, Maybank, PETRONAS dan Shopee tentang arah laluan kerjaya mereka.
Berucap mengenai Talentbank National Graduate Employability Index, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Encik Ben Ho menjelaskan, “Penyelidikan ini lahir dari komitmen untuk memberi panduan kepada para pelajar bagi memudahkan pengemudian pemikiran dan penetapan fokus mereka ke arah kerjaya yang bermakna di masa hadapan. Inisiatif ini memainkan peranan penting di dalam visi kami di mana kami mengetengahkan universiti yang akan membantu para graduan untuk berjaya di dalam pasaran kerjaya antarabangsa.
"Bukan hanya sekadar perjalanan akademik, ianya akan memberi laluan kepada kerjaya yang menyeluruh, dengan matlamat untuk menaiktaraf kebolehpasaran dan kecemerlangan para graduan Malaysia di mata dunia.”
Direka khas sebagai satu kompas untuk anak muda menentukan masa hadapan mereka, Talentbank National Graduate Employability Index menjadi panduan untuk memilih bidang pengajian yang sesuai di institusi yang berprestij, sekaligus membantu para ibu bapa dalam mengetahui graduan universiti yang mana akan menjadi pilihan para majikan.
Talentbank National Graduate Employability Index adalah satu pusat kajian dan perunding yang bebas dari unsur politik serta mempunyai kemahiran di dalam bidang kebolehpasaran graduan. Kajian yang dilakukan merangkumi ribuan para majikan graduan di sektor-sektor industri penting untuk memahami kriteria pilihan dalam pengambilan pekerja.
Untuk maklumat lanjut tentang Talentbank National Graduate Employability Index, sila lawati https://www.talentbankgroup.com/eca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live