Skip to main content

Selebriti

Gaji Lumayan Bukan Keutamaan, Zeera Azizi Dedah Sebab Berhenti Jadi Pramugari - “Saya Sedar Diri, Kita Ni Tak Lah…”

Gaji Lumayan Bukan Keutamaan, Zeera Azizi Dedah Sebab Berhenti Jadi Pramugari - “Saya Sedar Diri, Kita Ni Tak Lah…”

Sekilas

 

  • Keputusan itu dibuat berdasarkan prinsip peribadinya dan dia tidak berniat menghakimi pilihan kerjaya orang lain.
  • Netizen memberi sokongan terhadap keputusan Zeera dan ada yang berkongsi pengalaman serupa.
Advertisement

Pelakon, Zeera Azizi mendedahkan keputusan untuk berhenti daripada kerjaya sebagai pramugari sebelum ini adalah kerana tidak mahu lagi terlibat dengan tugas menghidangkan minuman keras kepada penumpang.

Menerusi perkongsian di Threads, Zeera berkata perkara itu menjadi antara faktor utama yang mendorongnya untuk meninggalkan kerjaya berkenaan meskipun pekerjaan itu menawarkan pendapatan yang lumayan.

Advertisement

“Semalam aku ada lah reply satu thread ni dia tanya kenapa tak kekal jadi pramugari padahal gaji masyuk.

“Jadi aku cakap sebab kena serve arak. Yes tu one of the reason aku stop flying sebab yelah aku sedar diri je.

“Kita ni tak adalah baik mana, tapi cuba bayang kerja kau boleh dikatakan lima, enam hari seminggu dan setiap kali kerja kau kena serve arak.

“At least aku resigned, kurang la satu dosa yg aku buat kat dunia ni,” jelasnya.

Advertisement

Bagaimanapun, Zeera menegaskan pandangan tersebut adalah berdasarkan prinsip dan pendirian peribadinya serta tidak berniat untuk menghakimi pilihan kerjaya orang lain.

“Tapi ni cuma pendapat aku la. Kalau orang lain, ikut korang je asalkan korang happy dengan apa korang buat.

“Lepas tu, kalau ada yang tanya kenapa tak masuk airline luar ke apa ke, aku ni sejenis homesick so aku macam mana pun nak based kat KL. Thats why dulu aku kerja dgn airline dalam malaysia ni je.

“Tapi disclaimer awal awal eh, aku tak judge orang lain yang masih bekerja tau. Tu cara masing-masing mencari rezeki. Jangan cakap aku judgmental pula eh,” tegasnya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan yang dibuat Zeera.

Malah, tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama seperti Zeera.



 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement