Skip to main content

Selebriti

Amar Baharin Jadikan Perjalanan Pergi Balik Kerja Masa Untuk Hafal Surah - “Cara Saya ‘Simple’, Sehari Dapat Tiga Ayat Pun Dah Cukup…”

Amar Baharin Jadikan Perjalanan Pergi Balik Kerja Masa Untuk Hafal Surah - “Cara Saya ‘Simple’, Sehari Dapat Tiga Ayat Pun Dah Cukup…”

Sekilas

  • Amar Baharin menggunakan masa terluang ketika penggambaran drama untuk menghafal surah Al-Quran secara konsisten walaupun hanya tiga ayat sehari.
  • Amar menasihatkan supaya tidak menunggu masa lapang yang banyak untuk belajar agama, sebaliknya manfaatkan masa kecil dalam rutin harian seperti ketika dalam kereta.
  • Amar kini membintangi drama terbaharu Manantu Tanpa Reda yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam di Astro Prima dan aplikasi sooka.
Advertisement

Pelakon, Amar Baharin mengakui lebih gemar memanfaatkan masa terluang dengan menghafal surah Al-Quran terutama ketika menjalani penggambaran drama bersiri yang panjang.

Menerusi perkongsian di Threads, Amar berkata rutin tersebut telah menjadi salah satu cara untuk dirinya terus mendalami ilmu agama walaupun sibuk dengan komitmen kerja.

Advertisement

Bagaimanapun kata Amar, dia tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dalam menghafal surah, sebaliknya cukup sekadar menghafal tiga ayat sehari asalkan dilakukan secara konsisten.

“One thing yang aku suka bila shooting drama panjang, aku boleh manfaatkan masa dalam kereta, pergi dan balik kerja untuk menghafal surah.

“Cara aku simple je. Tak perlu banyak pun, sehari dapat hafal tiga ayat pun dah cukup. Yang penting konsisten. Sikit-sikit, lama-lama melekat,” kongsinya.


Dalam hantaran yang sama, Amar berpendapat setiap individu tidak perlu menunggu sehingga mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan perkara bermanfaat, sebaliknya boleh memulakan langkah kecil dalam rutin seharian.

“Kadang-kadang kita rasa tak ada masa nak belajar agama. Padahal masa tu ada, cuma kita kena pandai manfaatkan.

Advertisement

“Tak semestinya kena tunggu waktu free. Dalam kereta pun boleh belajar sesuatu setiap hari. Sikit tak apa, asalkan istiqamah,” coretnya.

Dalam perkembangan lain, Amar muncul dalam drama terbaharu arahan Uchee Fukada dan Ejump Mohd berjudul Manantu Tanpa Reda terbitan MIG Production Sdn Bhd.

Selain Amar, Menantu Tanpa Reda dibintangi oleh Sweet Qismina, Yana Samsudin, Areef Amran, Aleza Shadan, Kazar Saisi, Jasper Supayah, Hanna Aqeela dan ramai lagi.

Menanti Tanpa Reda ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam di Astro Prima (saluran 105) dan aplikasi sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Must Watch Video

Advertisement