Kerinduan peminat filem Trolls terubat apabila siri animasi itu kembali dengan Trolls World Tour selepas empat tahun.

Siapa boleh lupa dengan kecomelan karakter Poppy dan Branch yang menjadi penarik serta penyeri filem tersebut.

Tanpa membuang masa, Gempak senaraikan 5 perkara menarik tentang Trolls World Tour yang membuatkan anda wajib ke panggung mulai 12 Mac ini!
  1. Penuh Muzikal
Kali ini, banyak lagu serta genre berbeza ditampilkan. Ini membuatkan filem ini lebih menghiburkan dengan muzik yang ceria. Malah,penggembaran Poppy dibintangi oleh Anna Kendrick dan Branch (Justin Timberlake) menjadi bertambah hebat apabila mereka menemui enam suku kaum Trolls yang mewakili genre muzik berbeza iaitu Funk, Country Techno, Klasik, Pop, Rock dan K-Pop. Sepanjang menonton file mini anda pasti tidak bosan kerana terhibur dengan lagu-lagu yang dimainkan.
  1. Tampil Kumpulan K-Pop
Menariknya, dalam banyak-banyak muzik yang ditampilkan itu terdapat genre K-Pop! Pasti ramai peminat K-pop teruja apabila melihat kumpulan Red Velvet kegemaran mereka muncul dalam karakter animasi Trolls. Bertambah comel bila mereka siap menari sambil menyanyi.
  1. Penuh Warna Warni
Jika Trolls sebelum ini ramai yang suka dengan karakternya yang berwarna-warni, tidak kurangnya dengan siri kali ini kerana Trolls kali ini tampil lebih banyak karakter yang comel serta gaya fesyen. Anak-anak anda pasti tidak duduk diam dan teruja sepanjang menontonnya!
  1. Persahabatan
Filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga kerana kisah penggembaran Poppy dan Branch mengajar mereka erti persahabatan serta kekeluargaan. Selepas segala cabaran dan pertelingkahan yang Poppy dan Branch hadapi akhirnya mereka bertemu kemanisan persabahatan yang membuatkan cerita ini menjadi sangat menarik.
  1. Lebih Ramai Selebriti Popular
Menariknya selain Anna Kendrik dan Justin Timberlake, kali ini ramai selebiriti serta penyanyi popular antarabangsa terlibat seperti Kelly Clarkson, Mary j. Blige, J Balvin, Racheal Bloom, Flula Borg, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak dan George Clinton. Bayangkan semua artis popolar ini menghiburkan anda di dalam satu filem ia bagaikan sebuah konsert.

Jadi tunggu apa lagi? Segera ke pawagam sekarang untuk menyaksikan animasi yang cukup menghiburkan ini!