GAYA HIDUP
“Tangan Saya Kebas Menyucuk, Ngilu. Saya Tak Dapat Bayangkan Keadaan Mereka Ketika Musim Sejuk” – Irma Hasmie
Bercerita mengenai pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan bersama Islamic Relief Malaysia ke Gaziantep, sempadan Turki, Irma Hasmie mengakui dia tidak mampu bertahan jika terpaksa tinggal dan menjalani kehidupan pada musim sejuk di sana.
“Pengalaman saya sewaktu menyantuni pelarian Syria di Turki awal tahun lepas, saya memang tidak mampu menahan kesejukan tanpa alat pemanas.
“Saya masih ingat ketika kami menaiki bas untuk menziarahi penerima manfaat, bas yang kami naiki berhenti di kawasan pergunungan. Hanya dalam tempoh setengah jam sahaja berada di luar bas, tangan saya sudah mula rasa kebas mencucuk-cucuk dan ngilu. Saya terus berlari untuk menaiki bas kembali.
“Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan pelarian Syria yang terpaksa menjalani kehidupan dalam musim sejuk mencengkam tanpa sebarang kelengkapan,” cerita Irma dalam sesi temubual di sebuah stesen radio tempatan.
Tambah Irma lagi, keadaan tersebut berlaku mungkin kerana dia tidak biasa dengan cuaca sejuk begitu memandangkan Malaysia beriklim khatulistiwa. Namun, pengalaman yang dilalui itu cukup untuk membuatkan dia merasai cabaran dan penderitaan penduduk Syria apabila tiba musim sejuk.
Tahun ini Syria telah memasuki angka satu dekad terperangkap dalam konflik. Berdasarkan laporan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), seramai 11.1 juta penduduk di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Irma Hasmie sedang menyantuni anak-anak yatim di rumah Dar El Salam, Gaziantep, Turki
Krisis yang melanda mengakibatkan penduduk setempat berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, minyak dan bencana COVID-19 menambahkan lagi tekanan sedia ada.
“Penderitaan penduduk Syria tidak boleh kita lupakan. Kita perlu sama-sama membantu mereka sepertimana kita bersatu dal