,
Hiburan

“Tanggungjawab Berat, Jaga Nama Kerana Allah” – PU Riz

Mya Amri
04/05/2019
08:37 MYT
Pendakwah dan Pencetus Ummah (PU), PU Riz enggan memberikan sebarang komen mengenai isu-isu kontroversi yang berkaitan dengan Pencetus Ummah.
Menurut PU Riz, menggalas nama Pencetus Ummah merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar dan dia tidak mahu mencampuri urusan yang melibatkan PU berkenaan.
“Sebenarnya berat tanggungjawab sebagai seorang Pencetus Ummah walaupun orang kata ustaz segera, pada saya tidak.
“Ini kerana sebelum masuk program itu ada satu sesi mengenal pasti sama ada peserta ini layak atau pun tidak untuk masuk program tersebut.
“Ada ramai PU yang memberi sumbangan kepada masyarakat, ceramah masjid dan sebagainya.
“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai PU yang terlibat dalam kes penceraian itu, moga Allah permudahkan dialah,” katanya.
Dalam pada itu, PU Riz juga memohon supaya menjaga nama baik Pencetus Ummah kerana mereka juga dikenali masyarakat.
“Saya minta cuma satu je, jaga nama kita kerana Allah S.W.T, sebab orang pandang juga PU ni. Walaupun saya terlibat dalam lakonan dan sebagainya saya harap tidak ada sebarang benda yang saya boleh burukkan.
“Kita doakan yang terbaik, hal rumah tangga orang… Kita pun tidak tahu hal sebenar yang berlaku, secara jujurnya saya sendiri pun tidak tahu.
“Ramai lagi PU yang banyak memberikan jasa termasuklah PU yang terlibat dalam kes tersebut, banyak juga ceramah-ceramah yang diberikan. Kita doakan yang terbaik itu sahaja saya boleh cakap,” jelasnya.
Berbicara mengenai bulan Ramadan, PU Riz berharap agar masyarakat dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sudah masuk ke bulan Ramadan ni kita baikkanlah diri, saya bukan hanya bercakap kepada anda semua, ini termasuklah diri saya sendiri.
“Saya pun ada juga terbawang sedikit sebanyak orang dan saya minta maaf, semoga bulan Ramadan ini menjadi bulan yang mentarbiah. Jaga diri, jaga hati dan jaga amalan kita,” ujarnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Usaha, Istiqamah Dan Jangan Putus Asa” - PU Syed Sambung Balajar Phd

gempak
21/09/2021
06:50 MYT
Tahniah PU Syed!
Laman Utama

Kes Perbicaraan Neelofa Dan PU Riz Ditunda 15 Julai, Ini Sebabnya…

gempak
19/06/2021
03:50 MYT
Semoga dipermudahkan semuanya.
Laman Utama

"Aku Tak Larat Untuk Makan Kata-Kata Hinaan Orang Lagi" - PU Abu Sufyan

gempak
27/01/2021
09:15 MYT
PU Abu sedih apabila sering menjadi bahan kutukan
Laman Utama

"Saya Doa Nak Mati Di Tanah Suci" - PU Amin Rindu Nak Ke Makkah

gempak
26/01/2021
09:50 MYT
Seronoknya rasa dapat pergi Tanah Suci
Laman Utama

Wah! Neelofa Akhirnya Kembali Sarung Cincin Risik?

gempak
21/01/2021
09:50 MYT
Doa yang baik-baik
Dun Dukun