Laman Utama
“Tarikh 2.2.2021 Melibatkan Janna, Tak Adil Kalau Saya Pecah Lubang” – Dini Enggan Ulas Spekulasi Lamar Janna
Pelakon kacukan kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann enggan mengulas lanjut mengenai tarikh 2.2.2021 yang mencetuskan spekulasi kononnya akan melamar Janna Nick.
Dini berkata dia sudah berjanji akan berkongsi mengenai tarikh itu bersama Janna dan tidak adil jika membuka mulut terlebih dahulu.
"Soal tarikh ini ia turut melibatkan Janna, jadi tidak adil saya 'pecah lubang'. Kami sudah berjanji untuk berkongsi bersama-sama nanti.
"Saya dan Janna tidak akan merahsiakan hari bersejarah kami bila tiba masanya nanti. Jadi, doakan kami," katanya.
Dalam pada itu Dini turut memohon maaf kepada peminat dan wargamaya yang kurang senang dengan aksinya bersama Janna menerusi video TikTok yang tular baru-baru ini.
"Saya dan Janna minta maaf kalau aksi kami mendatangkan rasa kurang senang semua pihak dan keterlaluan. Kami sebenarnya sedang mempromosikan sebuah jenama.
"Ketika itu kami fikir tidak mahu buat video yang terlalu serius, jadi kami santai-santai sahaja. Saya pula memang tidak pandai menari sedangkan dalam Tiktok semua orang menari.
"Saya tak nak nampak ‘awkward’ jadi saya ‘belasah’ je lah. Tapi tak sangka jadi viral dan jadi kecaman ramai,” katanya.
Terdahulu Video TikTok pasangan sedang hangat bercinta ini menjadi kecaman netizen gara-gara aksi Dini mendukung, memeluk dan memegang erat Janna.
Wargamaya menganggap perbuatan tersebut tidak manis dan keterlaluan kerana kedua-dua mereka belum mempunyai ikatan yang sah.
Must-Watch Video