Hiburan
Tatang Macam Anak Sendiri, Ini 8 Selebriti Popular Yang Menjaga Anak Angkat Penuh Kasih Sayang!
Rezeki anak! Frasa yang sangat kuat menggambarkan betapa beruntungnya insan yang punyai cahaya mata.
Sama juga darjatnya yang dikurniakan anak angkat untuk dijaga seperti darah daging sendiri.
Berikut Gempak kongsikan beberapa selebriti tempatan yang menjaga anak angkat bagai menatang minyak yang penuh.
1. Hael Husaini
Hael mengambil anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena sejak 2017 lagi.
Sejak bersama Helena, rezeki Hael mencurah-curah dan namanya mendominasi antara individu yang paling popular hingga sekarang.
Selain bakat bidang nyanyian yang menjulang beberapa anugerah cemerlang, kualiti lagu ciptaannya juga melakar profil baik dalam karier Hael.
2. Sufian Suhaimi
Sufian mengambil anak angkat Faeq Razeeq yang juga anak kepada rakan baiknya yang sejak zaman persekolahan sejak September 2019.
Kata Sufian, Faeq melatih dirinya menjadi lebih baik dan matang malah mereka berjumpa hampir setiap hari.
Selepas itu juga, bantal zikir Baby Pian mendapat sambutan yang luar biasa.
3. Misha Omar
Mohd Adam Emir menjadi anak angkat kepada pelantun lagu Sampai Bila, Misha Omar sejak 2007 lagi.
Dibesarkan dengan penuh kasih sayang, Misha kemudiannya mengambil Humaira Lateefa sebagai anak angkat keduanya sebelum berkahwin pada 2014.
4. Zizie Izette
Zizie mengambil anak angkat Nayla Nurjenna pada 2015 dan menambah seorang lagi anak angkat, Aaric Zayn Izette ketika sedang berbadan dua.
Kini kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu menjaga lima cahaya mata.
5. Elyana
Bintang Gegar Vaganza, Elyana mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Tulus.
Bertarung dengan kanser limfoma, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu menganggap Tulus sebagai penguat semangatnya.
Tulus difahamkan anak istimewa yang mengalami Down Syndrome.
Pada 2016, Elyana pernah keguguran kerana mengandung luar rahim.
6. Sazzy Falak
Baru saja mengambil anak angkat lelaki yang diberi nama Idris pada Mac lalu, pelakon Gol & Gincu itu berkongsi rasa gembiranya sepanjang masa.
Sazzy yang berkahwin dengan personaliti televisyen Nazril Idrus pada November 2006 dikurniakan sepasang anak kembar, Imaan Lily dan Tiara Rose.
7. Abby Abadi
Tidak sampai sebulan selepas mengambil anak angkat yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon itu dikurniakan pula seorang lagi bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia pada April lalu.
Abby dan suami, Faizal mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan dikurniakan bayi pramatang pada tahun lalu namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
8. Rizalman
"Tidak mahu berkahwin tapi sukakan kanak-kanak," itu antara yang dikongsikan pereka fesyen popular Datuk Rizalman Ibrahim yang memiliki dua anak angkat, Umar Nail dan Aali Nail.
Kata Rizalman, kehadiran anak angkat mengubah hidupnya dan membuka hatinya untuk menunaikan haji ketika berusia 34 tahun.
Selain artis yang disebutkan, ada ramai lagi yang menjaga anak angkat antaranya Datin Almy Nadia, Fynn Jamal, Erma Fatima, Stacy Anam dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Dilema kehidupan anak angkat yang dibesarkan dalam keluarga berfikiran bebas dan tidak percayakan Tuhan dipertontonkan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa yang akan ditayangkan pada 4 Jun ini.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang ustaz yang dihantui kisah silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Must-Watch Video