Gaya Hidup

Tayang Beratus Kasut, Beyonce Bakal Berkolaborasi Dengan Jenama Sukan Popular

Azwa Rahman
29/04/2019
12:02 MYT
Penyanyi Beyonce mengumumkan akan berkolaborasi dengan jenama sukan terkenal dunia, Adidas.
Beyonce atau nama sebenarnya Beyonce Knowles-Carter, 37, berkongsi beberapa keping gambarnya bersama ratusan kasut jenama tersebut di laman Instagramnya tiga hari yang lalu.
Kerjasama ini antara jenama sukannya sendiri, Ivy Park bersama Adidas ini masih lagi misteri.
Segala perincian seperti jenis produk yang bakal dikeluarkan masih lagi tidak diketahui.
Di laman Instagram jenama itu juga hanya tertera kapsyen ‘Homecoming Beyonce’ pada gambar Beyonce yang telah dimuat naik.

Homecoming @Beyonce

A post shared by adidas (@adidas) on

Selain gambar, sebuah video penyanyi itu berjalan di sepanjang landasan kuning yang dihiasi tiga jalur hitam menegak, trademark bagi jenama sukan itu juga turut dimuat naik.
Memetik portal Independent, mereka menjangkakan kolaborasi ini akan tampil dengan koleksi kasut, t-shirt pendek dan jaket berhud.
Peminat nampaknya tak sabar menantikan bilakah kolaborasi Ivy Park X Beyonce ini bakal diumumkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Gaya Hidup

Berlari Untuk Selamatkan Bumi, Adidas Move For The Planet Kembali Ke Tahun Kedua

gempak
14/05/2024
17:47 MYT
Siapa sangka, dengan hanya menunjukkan sokongan dengan berlari, korang mampu untuk selamatkan bumi.
Hollywood

EKSKLUSIF: David Beckham; Tentang Momen Terindah Predator, Sukan Kepada Fesyen & Momen Bersara!

gempak
11/02/2024
08:48 MYT
Ikuti temu bual eksklusif Gempak bersama bintang bola sepak dunia, David Beckham!