Laman Utama

“Team Pertama Dunia Dibenarkan Melalui Pintu Rafah” - Syukur, Ustaz Ebit Akhirnya Berjaya Masuk Gaza!

gempak
Hanafis Haris
28/06/2021
02:16 MYT
Sponsor Banner
“Team Pertama Dunia Dibenarkan Melalui Pintu Rafah” - Syukur, Ustaz Ebit Akhirnya Berjaya Masuk Gaza!
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew akhirnya berkongsi kegembiraan apabila berjaya memasuki Gaza, Palestin.
Perkara itu didedahkan Ebit menerusi satu posting di Facebooknya.

Menurutnya, sepanjang perjalanan mereka diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai.

“Syukur pada Allah, team kami berada di Gaza, Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.

“Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir,” katanya.

Menurut Ebit, dia juga memohon doa orang ramai agar semua usaha NGO dipermudahkan Allah bagi membantu ramai lagi penduduk di Gaza.

“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.

“Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit, betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita.

“Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama.

“Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami,” katanya.

Tambahnya, perasaan dia ketika ini bercampur baur dan sebak kerana terasa seperti balik kampung halaman sendiri.

“Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent.

“Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.

Sekadar info, Ebit dilaporkan berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel pada 25 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, banyak pihak tertanya-tanya mengenai perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit dilihat tidak mengemas kini status media sosialnya.

Namun, Wisma Putra pada 12 Jun lalu mengesahkan Ebit dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live