,
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

Amri Hassan
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.

BERITA TRENDING: “Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

Bakal dipentaskan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), barisan pelakon yang terbabit ialah Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena DIana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Maduku Kalut berjaya

Penerbit teater Andak Bertandak, Juan Ab Aziz berkata, teater yang julung kali diadakan itu menjanjikan kelainan yang akan menggeletek hati penonton dengan gabungan pelakon lama dan baharu.
"Selepas kejayaan teater Maduku Kalut yang berjaya mencipta pengikut tersendiri dengan tiga edisi sejak kali pertama dipentaskan pada tahun 2013, pihak kami ingin mencabar diri untuk memperkenalkan satu lagi jenama baharu di bawah syarikat produksi Mask Team.
"Teater Andak Bertandak tidak pernah dipentaskan di mana-mana lokasi sebelum ini. Jadi kami ingin mengambil peluang ini dan menghimpunkan penggiat seni baharu dan lama di atas satu pentas.
"Lebih membanggakan teater ini menampilkan dua figura hebat yang dikenali ramai iaitu Azhan dan Ellie. Kami percaya gandingan ini akan memecahkan suasana dewan dan memberi kepuasan maksima kepada penonton yang hadir,"katanya.

Terima kasih Aswara

Menurut Juan, pihaknya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kerana sudi menjalin kerjasama dengan Mask Team untuk menjayakan teater ini.
"Kerjasama yang dijalankan ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi idea kreatif dan kritis serta penyediaan ruang kepada pelajar-pelajar Aswara khususnya kepada pelajar di Fakulti Teater untuk merasai pengalaman yang sebenar dalam sesebuah produksi teater.
"Pihak kami optimis untuk membantu pelajar Aswara supaya mereka menyimpan keinginan untuk mementaskan teater yang berskala besar satu hari nanti.
"Kami ingin pentas teater ini terus 'dihidupkan' dengan sentuhan pelapis muda yang sudah pasti mempunyai idea luar kotak dan 'fresh',"katanya.
Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155.
Teater Andak Bertandak mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.
Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton. Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton yang hadir.

BERITA TRENDING: Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

BERITA TRENDING: Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

BERITA TRENDING: Kerajaan Sedia Pertimbang Kaji Bantu Jasmine Suraya Sambung Pengajian Di Los Angeles

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.