,
Laman Utama

Tebuk 3 Lubang Pada Perut & Tak Mampu Puasa Penuh, Uyaina Syukur Bayi Dalam Kandungan…

Hanafis Haris
25/04/2022
00:22 MYT

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui masih menanggung sakit susulan pembedahan membuang apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut sebelah kanan sekitar April lalu.Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, biarpun berat untuk ditanggung, tetapi dia tetap berlapang dada menerima ketentuan tersebut.

Malah, isteri kepada Raja Syahiran menyifatkan segala ujian yang diterimanya sebelum ini sebagai satu rezeki dari Allah buatnya.

“Alhamdulillah kesihatan saya sekarang makin pulih. Tapi kalau ikutkan memang masih ada rasa sakit sampai sekarang, nak terlalu bebas bergerak pun tak boleh sangat.

“Sebab sekarang masih dalam pemantauan doktor. Tapi alhamdulillah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

“Kena tebuk tiga lubang pada perut tu bukan satu benda yang normal dan biasa-biasa sakitnya,” katanya.

Tambah Uyaina, buat masa ini dia masih dalam proses rawatan, sekali gus terpaksa memadam hasrat untuk berpuasa penuh tahun ini.

“Saya masih dalam proses rawatan dan ambil ubat-ubatan seperti yang doktor sarankan.

“Cuma sedikit sedih puasa tahun ini tak dapat nak berpuasa penuh disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

“Masa minggu pertama, alhamdulillah dapat berpuasa penuh, tapi lepas kena apendiks hari ke lapan, terus tak dapat puasa penuh sampai ke hari ini,” ujarnya.

Uyaina berkata demikian ketika majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.

Sekadar info, selang beberapa hari selepas menjalani pembedahan apendiks, Uyaina yang sedang hamil tiga bulan sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim.

Terdahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa, Uyaina berkongsi berita gembira dan mengesahkan dirinya hamil anak sulung.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
Hiburan

Terima Kekalahan, Kak Lina Titip Ucapan Tahniah Buat Uyaina Arshad, “Sebab Kalah Akak Order…”

gempak
12/10/2024
05:55 MYT
Pelakon dan Pengacara, Elly Mazlein menerima kekalahannya dalam kategori Pengacara TV Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) dengan hati yang terbuka.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Hiburan

“Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

gempak
20/09/2024
11:08 MYT
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan (LOD) daripada pihak peguam yang mewakili Abang Bas.
BorakSeeni