Gaya Hidup

Tebus RM30 Menerusi Perkhidmatan E-Dompet Bermula Hari Ini!

gempak
Azwa Rahman
14/01/2020
17:40 MYT
Sponsor Banner
Tebus RM30 Menerusi Perkhidmatan E-Dompet Bermula Hari Ini!
Program e-Tunai Rakyat yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan akan melancarkan kempen e-Tunai yang membolehkan rakyat Malaysia menerima RM30 dan ia boleh ditebus mulai hari ini.
Tiga pengendali e-dompet yang terpilih adalah Grab, Boost dan Touch n Go.
Memetik laporan Bernama, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program tersebut.
Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-Tunai tersebut.
Malah, pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.
Inisiatif ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutamanya dalam sektor runcit.
Anda boleh menggunakan wang e-Tunai tersebut untuk sebarang pembelian produk dan servis di dalam penyedia e-dompet pilihan.
Namun, jumlah RM30 itu perlu digunakan bermula 15 Januari sehingga 15 Mac 2020.
Jumlah tersebut akan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan selepas 15 Mac 2020.
Jangan lupa kemas kini tiga aplikasi pilihan anda dan tebus wang e-tunai bermula hari ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live