,
Laman Utama

Telan Kos RM1.5 Juta, TMJ Belanja Rumput Berkualiti Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Azwa Rahman
10/03/2022
22:48 MYT
Gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil nampaknya bakal bertukar wajah apabila pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia menaja kos perbelanjaan rumput jenis Zeon Zoysia yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
Jelas Tunku Ismail yang juga Tungku Mahkota Johor (TMJ), kesediaan beliau untuk menaja adalah disebabkan mahu melihat venue kebanggaan negara itu memiliki padang bertaraf dunia untuk aksi di peringkat antarabangsa.
Ketika ini, stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu masih menggunakan rumput jenis 'cowgrass' yang tidak sesuai lagi digunakan.
"Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.
"Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Dalam pada itu, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mahu jaminan daripada pihak kerajaan untuk menjaga dan menyelenggara rumput baharu itu nanti.
"Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak," katanya.
Isu kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sering dibangkitkan kerana dianggap masih menggunakan rumput jenis lama yang sudah tidak sesuai untuk bola sepak moden.
Malah, Tunku Ismail sendiri sering menyarankan agar semua stadium bola sepak di negara ini menitikberatkan soal rumput memandangkan aspek berkenaan perkara paling penting dalam sukan bola sepak.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Hiburan

Catat Kehadiran Paling Tinggi Dengan 81,812 Penonton, Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Raih Untung RM52 Juta

gempak
09/02/2024
05:55 MYT
Masih lagi tentang Konsert Jelajah Dunia The Music Of The Spheres yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Siti Nurhaliza Umum Konsert Tahun Depan, Netizen Mahu Venue Lebih Mega! - "Kenapa Tidak SNBJ Atau Buat 2 Hari?"

gempak
19/12/2023
08:54 MYT
Kali terakhir konsert berskala besar pada tahun 2019.
Laman Utama

Konsert Coldplay KL, PM Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah!

gempak
21/11/2023
03:25 MYT
Coldplay antara kumpulan menyokong Palestin.
Unitar