Viral
Teman Wanita Bekas Kekasih Hina Muka Wanita Ini, Berlubang Macam Jalan Tar! Netizen Simpati; “Sakit Dia Sampai Sini”
Sebuah video tular yang memaparkan seorang wanita menangis kesedihan kerana dihina oleh seorang individu yang didakwa teman wanita baharu bekas kekasihnya menarik perhatian netizen.
Menerusi video yang dikongsi oleh wanita tersebut di akaun TikTok miliknya, difahamkan teman wanita baharu bekas kekasihnya itu bertindak menghantar mesej suara yang mencela wajah wanita tersebut yang dikatakan berlubang.
Bukan itu sahaja, teman wanita tersebut turut sempat menyuruhnya memakai produk merkuri demi ‘melicinkan’ kulit wajahnya.
“Cari lah any skincare ke kan kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu tak macam jalan tar.
“Aku tengok teruk sangat tu berlubang pulak kesian aku tengok macam jalan tar rosak dah berlubang-lubang tu,” sindir teman wanita baharu bekas kekasih wanita tersebut.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman mereka dan ada juga yang memberi kata-kata semangat kepada wanita tersebut.@sailormoons4 she dont know how hard i try:( #foryourpage #fyp #hurtmyfeelings #foryourpageeee ♬ Untukmu Aku Bertahan - Afgan
Berita Trending: Wanita Mengamuk Serang Penyondol, Netizen Saran Ketuk Kepala Suami Dia…
“Dulu adik perempuan aku pernah lah kawan-kawan girl dia cakap muka dia itu ini, dia sampai menangis and sedih. Last-last aku bawa dia pergi facial treatment buat basic je la.“I pernah struggle sampai stress sangat my face since form1 sampai form5 macam ni. Macam-macam pakai tapi yang bukan skincare untuk cured my skin.
“Sis apa apa pun jangan pakai merkuri, saya doakan semoga awak dapat happiness yang awak deserve.
“I’m crying sakit dia sampai sini.
“I hope one day Allah turunkan kifarah untuk si dia and I hope kifarah tu lebih dari expectation awak send virtual hug,” tulis beberapa netizen.
Must-Watch Video