,
Laman Utama

Tengah Cantik Posing, Tiba-Tiba Miss World Filipina Jatuh Tergolek Dua Kali - "Terpelanting Crown Sampai Ke Lantai"

Amri Hassan
04/10/2021
14:50 MYT
Pemenang ratu cantik Miss World Philippines 2021, Tracey Maureen Perez terpaksa menanggung malu dan kesakitan apabila dua kali terjatuh di pentas ketika acara sedang berlangsung pada Ahad.
Difahamkan, acara yang berlangsung selama tujuh jam itu menyebabkan peserta yang mengambil bahagian mengalami keletihan.
Ketika pengumuman pada pukul 1.30 pagi tadi, jurutera dari Cebuana itu tiba-tiba terjatuh ketika sedang posing di atas pentas untuk sesi pengumuman pemenang.
Insiden terbabit menyebabkan Perez tergolek di atas tangga hingga ke bawah pentas.
Perez, 27, kemudiannya dibantu oleh salah seorang peserta, Emmanuelle Vera dan hos Xian Lim. Nasib malang terus menimpa Perez yang dinobatkan sebagai juara apabila dia jatuh terduduk ketika sesi 'first walk'.
Ketika terjatuh, jambangan bunga dan mahkota kemenangan yang dipakai Perez di kepalanya terpelanting ke lantai.
Perez bakal mewakili negaranya Filipina ke pertandingan ratu cantik 70th Miss World di Puerto Rico pada Disember ini.
Selain Perez, Miss Universe Filipina, Rabiya Mateo hampir tersadung ketika final walk pertandingan ratu cantik itu minggu lalu. Namun, Mateo sempat mengawal dirinya daripada terjatuh di pentas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.