Laman Utama

“Tengah Sarat, Allah Uji...”- Syatilla Melvin Positif COVID-19

gempak
Mya Amri
26/02/2022
01:33 MYT
Sponsor Banner
“Tengah Sarat, Allah Uji...”- Syatilla Melvin Positif COVID-19
Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19.
Reda dengan dugaan yang diberikan, Syatilla yang kini sarat hamil berharap diberikan kesembuhan secepat mungkin.
“InsyaAllah, doakan Tilla sembuh dengan segala kebaikan yang ada. Tengah sarat Allah uji,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu menerusi posting di ruangann IG Story, Syatilla menyarankan orang ramai untuk membeli kit ujian kendiri yang mempunyai calitan hidung.
“Jangan sesekali percaya atau beli yang saliva test lagi. Bahaya keputusan tak tepat,” tulisnya.
Difahamkan, kedua-dua anak Syatilla iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy dijaga oleh suaminya, Shaheizy Sam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live