Mata kering merupakan simptom yang kerap berlaku apabila kurangnya bendalir dalam mata disebabkan beberapa keadaan.

Hal ini boleh menyebabkan kerengsaan dan boleh merosakkan permukaan dalam bebola mata.

Semestinya mata yang kering boleh menyebabkan seseorang rasa kurang selesa dan adakalanya mata menjadi panas serta rasa terbakar.

Selalunya, hal itu terjadi apabila korang terdedah dengan suhu yang terlampau panas dalam tempoh yang lama, berada dalam bilik berhawa dingin yang kering, menunggang motosikal mahupun duduk mengadap skrin komputer dalam tempoh yang lama.

Jadi, untuk mengurangkan kerengsaan pada mata korang, perlulah mencari rawatan yang sebetulnya bagi mengelakkan risiko lebih serius terjadi kepada mata korang.

Ada beberapa langkah untuk mengurangkan mata kering dan berair. Semak senarai ini:

1. Elakkan meniup mata korang apatah lagi menggunakan pengering rambut atau kipas.

2. Rehatkan mata korang terutama apabila kerap melakukan sesuatu kerja dalam tempoh lama. Cuba lelapkan mata seketika atau mengelip beberapa kali untuk menyeimbangkan bendalir dalam mata.

3. Pakai pelindung mata seperti kaca mata dan topi apabila berada di luar premis. Sekurang-kurangnya boleh menghalang angin atau habuk masuk ke dalam mata.

4. Berhenti merokok atau elakkan asap rokok, ia boleh menambahkan risiko kesihatan diri dan mata korang.

5. Guna eyedrops untuk menambahkan bendalir dalam mata korang. Cuba Rohto Advanced Dry Aid Eye Drop yang terbukti efektif dan berkesan mengatasi mata kering dan berair.

Kalau nak tahu, Rohto Advanced Dry Aid Eye Drop ini menggunakan teknologi TearSheild dari Jepun yang membantu melembapkan mata dan 'meniru' fungsi air mata semulajadi sekali gus mengurangkan geseran dan cepat kering.

Teknologi sama juga melincirkan dan melegakan lapan jenis simptom mata kering iaitu kegatalan, kerengsaan, kepedihan, kekeringan, rasa berpasir, rasa menyengat, kelesuan dan kekaburan. Lebih best ia akan membuatkan mata korang selesa dalam tempoh sehingga 12 jam.



Selain itu, Rohto Advanced Dry Aid Eye Drop juga bertindak pantas, melegakan mata yang kabur, selesa dan menghidrat dalam tempoh yang lama.

Ia juga selamat digunakan kerana dicipta daripada sumber air tulen mengikut standard Japanese Pharmacapoeia. . Selain itu, jenama Rohto ini amatlah dipercayai kerana ia adalah jenama penjagaan mata No.1 di dunia. Confirm selamat!

Setiap botol juga didatangkan dengan pek yang telus dan transparent dengan rekaan botol yang tirus melambangkan kesucian dan kejernihan Rohto Advanced Dry Aid Eye Drop.

Menariknya juga, Rohto Advanced Dry Aid Eye Drop didatangkan dengan botol yang mudah digunakan dengan penutup unik yang memudahkan setiap pengguna.