Laman Utama
“Teramatlah Besar Impak Kalau…”- Tayang Baju Tidur Seksi, Syatilla Melvin Bagi Tips Pada Isteri…
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips rumah tangga bahagia apabila menayangkan baju tidur yang dipakainya.
Menurut Syatilla setiap isteri perlu ada baju yang ‘menarik’ untuk suami sebelum tidur.
“Tips.......Isteri make sure ada ‘baju menarik’ untuk suami. Tak perlu banyak janji adaaa...
“Kadang kita rasa benda tu terlalu simple untuk difikirkan, tapi teramatlah besar impak kalau kita buat! Percayalah...
“Yang kaki makan jamu tu tak payah cakap lah, kompom dah prepare lama dah,” katanya berseloroh.
Isteri kepada actor Shaheizy Sam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video menayangkan beberapa baju tidur sebelum menunjukkan lampu biliknya dipadam.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi.
“Wow so sexy,” kata salah seorang warga maya.
“Hahaha hadoii.. saya yang belum kawin ni tergugat kak Tilla oii..,” komen salah seorang netizen.
“Punca semua ni..nak boleh lagi sorang nampaknya,” kata salah seorang pengikutnya.
Pun begitu ada juga pengikutnya yang kurang senang dengan posting tersebut dan menegur Syatilla.
“Tak perlu kot tunjuk baju-baju macam tu. Mema ng elok si isteri ada baju macam tu untuk Tarik perhatian suami, goda suami sendiri.
“Tapi kalau tunjuk di sini takut nanti jantan lain pula dok bayangkan macam mana sis pakai. Maaf ya, jangan marah,” tegur salah seorang netizen.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Must-Watch Video