Seperti diketahui ramai, Filem Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda sejak 18 November lalu.

Filem yang menampilkan barisan pelakon hebat tanah air ini ternyata mendapat respon positif daripada penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram teraju utamanya Bront Palarae, netizen yang telah menonton Proksi ternyata berpuas hati.

"Dah layan, not bad," tulis seorang penonton.

"Terbaik cerita ni boss, Bront, awak punya watak memang menjadi," tulis netizen yang lain.

"Dah layan filem ni bang," tulis pengguna Instagram lain diikuti emoji 'thumbs up' dan tepukan.

Sementara dalam entri berlainan, Bront berkongsi foto bersama barisan pelakon Proksi termasuk Allahyarham Ashraf Sinclair.

Seperti dijangka, perkongsian itu mengundang sebak dan ada beberapa netizen yang mengenang arwah dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana.

"Al-Fatihah untuk arwah Ashraf Sinclair, semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang beriman," tulis netizen.

"Of course my favorite actor since day one Ashraf Sinclair, Al-Fatihah," tulis yang lain.






Selain Bront dan Ashraf Sinclair, Proksi turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor ,Faizal Hussein, Siti Saleha dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan isu penyebaran berita palsu dan kegiatan penggodam yang sememangnya berlaku dalam dunia realiti.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi di pawagam rumah anda!

Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.