Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 51, baru-baru ini berkongsi hantaran di Platform TikTok.

Perkongsian tersebut menyaksikan anak perempuan kepada Dr Sheikh, Sophea Isabella, 12, yang berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan.

“Bella dah 12 tahun dan dia akan ke Oxford, UK untuk Program Kepimpinan,” tulis beliau.
@drsheikhmuszaphar #oxford ♬ original sound - JJ

Entri berkenaan mendapat perhatian warganet di mana rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Bella.

“Tahniah Bella, semoga dipermudahkan,”

“Semoga terus sukses Bella.”

Dalam pada itu, ada juga yang terpesona melihat ketinggian dan kecantikan puteri kepada angkasawan negara itu.

“Cantiknya dah lah tinggi, boleh jadi model,”

“Tingginya. Cantik. Jaga diri Bella,”

Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 42, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.