BIG STAGE 2020
Terbuka Soal Kekasih Hati, Azzam Sham Tak Takut Populariti Merudum
Juara Big Stage 2020 (BS2020) Azzam Sham tidak merasakan perhubungannya bersama kekasih hati penyanyi Sheryl Shazwanie akan menjejaskan populariti mereka berdua.
Menurut Azzam, dia dan Sheryl mempunyai mempunyai kelompok peminat yang berbeza dan tidak ada yang perlu dirisaukan tentang perhubungan mereka.
“Saya tak rasa peminat akan lari. Peminat saya sayang saya dan peminat dia sayang dia. Tidak ada apa yang perlu saya takutkan sebab peminat saya antara yang setia bersama saya.
“Sheryl adalah seorang yang istimewa di hati saya. Dia selalu ada untuk saya, memang dah macam sebahagian daripada keluarga saya. Setiap minggu dia datang beri sokongan,” kata Azzam kepada Gempak.

Azzam ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambah Azzam lagi, dia tidak menolak jika dijodohkan bersama kekasih hati yang juga merupakan bekas peserta Big Stage musim kedua itu.
“Kalau ada jodoh, saya tidak menolak sebab ini perkara baik.
“Tapi untuk menuju ke arah itu, jauh lagi saya rasa. Dia pun masih lagi membina karier, saya pun sama baru nak bertapak dalam industri ni,” jelasnya lagi.
Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara.
Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Must-Watch Video