Lain orang lain pandangan, lain pasangan lain pula ragamnya. Begitulah yang mungkin dapat ditafsirkan menerusi perkongsian terkini doktor selebriti popular, Dr Say Shazril.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Dr Say berkata yang dia tidak menyangka masih ada berfikir kebolehan memasak perlu ada dalam diri seorang isteri supaya rasa sayang suami dapat dipupuk dengan lebih mendalam.

“Baru-baru ni saya dapat komen berbunyi begini: ‘Dr Say suruhlah Dr Azu belajar masak, mesti nanti lagi sayang’. Terduduk saya dibuatnya sebab ingat tahun 1992 je orang fikir begitu, tak sangka 2022 masih lagi ada komen sebegitu.

“Untuk pengetahuan, isteri saya pandai je masak. Nasi ayam, nasi lemak, mi goreng, ikan stim, you name it, she can cook it. Cuma saya yang suruh dia tak perlu masak. Kenapa?

“Bini saya bekerja, doktor dan dalam masa sama ambil Masters. Saya tengok dia berhempas pulas, stress stress, maka logik akal sebagai seorang manusia dan suami, adakah saya nak suruh dia masak lepas susah-susah semua tu? Semestinya tak,” tulisnya.

Dr Say berkata, selain pandai masak, ada banyak lagi cara lain yang boleh menyebabkan suami menyayangi isteri.

“Ada banyak lagi cara lain seorang isteri boleh membuatkan suaminya menyayanginya. Bagi saya, saya happy sangat dah kalau wife always around physically and emotionally.

“Nak ajak dia lepak shopping atau tengok movie, dia ada. Nak ajak dia brainstorm topik-topik IG saya, dia ada. Dia tolong jaga anak masa saya tengah karang cerpen ni pun saya bersyukur sangat dah,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, zaman sekarang ramai isteri bekerjaya. Jika banyak hal rumah tangga perlu diselesaikan apabila pulang lewat daripada bekerja, bilakah masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

“Balik kerja dah lambat, nak kemas rumah (yang juga bukan tanggungjawab seorang isteri ya), nak jaga anak, lepas tu nak suruh dia masak lagi, dah bila masa husband and wife nak berbonding?

“Sekarang ada servis penghantaran makanan, make use of that. Jadi janganlah rigid sangat dalam perkara ni yang penting makan sekali as a family dah memadai,” tutupnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyokong pendapat yang diutarakan oleh Dr Say menerusi platform media sosialnya itu.

“Jika semua lelaki berfikiran demikian, nescaya kadar kebahagiaan rumah tangga bagi seluruh rakyat Malaysia akan aman dan damai. Penuh dengan mawaddah, sakinah wa Rahmah. Amin,” respons seorang pengikutnya.

“Saya sokong doktor. Kesian perempuan. Dahlah kena kerja sama macam lelaki, sama menghadap jalan sesak macam lelaki, kena mengandung, kemudian bersalin pula. Eh kemudian kena pula memasak untuk tambahkan sayang suami. Penat eh jadi perempuan,” kongsi seorang lagi pengguna media sosial.

Kredit foto: Alyson McPhee (Unsplash) dan Instagram Dr Say



***GEMPAK MOST WANTED datang lagi. Jangan lupa undi artis kesayangan anda dengan klik pada banner atau link ini.