Laman Utama
Terendah Sejak Mei, Kes Harian COVID-19 Hari Ini Di Angka 3,108
Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 3,108 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,718,955.
Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen menerima penurunan COVID-19 dengan rasa gembira dan berharap trend penurunan akan terus kekal.
“Syukur! Ini adalah kes terendah sejak 3 Mei 2021! Harap minggu depan kes bawah 3,000. Dengan ini, kes baharu kekal dalam trend penurunan, harap ia berterusan. Ahad 12 Disember: 3,490, Ahad 19 Disember: 3,108,” tulis seorang pengguna media sosial.
Dalam perkembangan lain, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran
Must-Watch Video