,
Viral

Tergelincir Tak Apa! Ratu Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019

Amri Hassan
09/12/2019
04:08 MYT
Hikmah tergelincir ketika pusingan swim wear kelmarin, Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon memenangi Kostum Nasional Terbaik pada pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
BACA: Ratu Malaysia Tergelincir! Apa Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe?
Membawakan kostum berkonsepkan masyarakat baba nyonya Melaka, A Peranakan Indulgence sentuhan pereka tempatan Carven Ong berjaya membuka mata dunia.
Kostum seberat 27 kilogram itu dilengkapi dengan lima meja hidangan kuih-muih tradisional antaranya onde-onde, kuih koci, kuih lapis, kek sagu, kuih talam, ang ku kuih dan banyak lagi.
Gaun itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
Bagaimanapun, hos rancangan itu, Steve Harvey malangnya tersilap mengumumkan nama ratu cantik Filipina, Gazini Ganados sebagai juara Kostum Nasional Terbaik.
Perkara itu diperbetulkan sendiri oleh Shweta yang meminta mikrofon daripada Steve ketika itu dengan penuh profesional.
Situasi itu berjaya dikawal oleh Steve yang menyamakan insiden sama seperti yang berlaku ketika mengumumkan nama Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenang yang sepatutnya milik Ratu Filipina, Pia Wurtzbach pada Miss Universe 2015.
Dalam pertandingan itu, Malaysia gagal menempatkan nama di kedudukan 20 terbaik.
Selepas Filipina, Miss Universe 2019 telah dinobatkan menjadi milik Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan! Tahniah diucapkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Oh! Ini Rahsia Miss Universe Shweta Sekhon Kekal Segar Sepanjang Hari

gempak
17/01/2020
08:49 MYT
Highlights

Best National Costume Filipina vs Malaysia – KECUAIAN Penganjur Miss Universe 2019 Cetus Konflik & Kemarahan Netizen!

gempak
09/12/2019
10:05 MYT
Kita sudah bersorak gembira selama beberapa jam namun dek kerana kesilapan dan kekeliruan, penganjuran Miss Universe ke-68 mencipta sejarah sekali lagi. Apa-apapun, sekalung tahniah team InTrend ucapkan kepada Carven Ong atas olahan adibusana yang digayakan Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon. Tak mengapa, kita tetap menang di hati seluruh rakyat
Nusantara

Semangat! Puteri Indonesia, Frederika Cull Lolos 20 Besar Miss Universe 2019

gempak
09/12/2019
02:33 MYT
Nusantara

Frederika Cull Tetap Tersenyum Saat Terpeleset, Miss Malaysia dan Miss Prancis Jadi Korban di Panggung Miss Universe 2019

gempak
07/12/2019
11:54 MYT
Highlights

Kalaulah Malaysia Menang Miss Universe Tahun Ini – Pasti Elaine Daly Orang Pertama LOMPAT BINTANG!

gempak
19/11/2019
04:18 MYT
Sempena pengumuman National Costume dan Evening Gown Miss Universe 2019 minggu lalu, InTrend imbas kembali momen kala menemubual National Director MUMO, Elaine Daly melalui naskhah cetak edisi Mac 2016.
Unitar