Kemenangan remaja kelainan upaya (autisme), Asif Suhaimi, 19, dalam kategori Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) ternyata mendapat perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi apabila Asif telah mencipta sejarah merangkul trofi itu dengan menewaskan empat nama besar lain iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce.

Gelagat Asif yang ditemani Syahmi Shazli sewaktu memberikan ucapan lima saat yang begitu bermakna mengundang reaksi positif netizen.

“Assalamualaikum, selamat pete dan selamat male. Terima kasih banyok-banyok datang majlis ini, pentas,” ucapnya ringkas.


Bagaimanapun netizen juga tidak melupakan Syahmi iaitu orang yang telah mempekenalkan dan mengangkat bakat anak-anak autisme seperti Asif dan sahabatnya Yeo Parey.

Netizen mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjaga dan memberi kepercayaan kepada anak-anak austisme selain membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan cabaran seperti bidang lakonan.






Terdahulu nama tiga sekawan, Syahmi, Asif dan Yeo semakin dikenali selepas membintangi filem Syif Malam Raya dan Mael Totey The Movie yang merupakan arahan Syahmi sendiri.

Sebelum ini, mereka bertiga juga dikenali sebagai bintang YouTube sebelum bergelar pelakon.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!