Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!
Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming mendedahkan banyak menerima mesej lamaran menerusi akaun media sosialnya.
Perkara tersebut berlaku susulan tular video memaparkan dirinya yang mengakui solo dan sedang mencari calon.
Tak mampu balas semua mesej
“Saya dan kawan buat video itu for fun sahaja tapi DM (direct message) saya penuh hari ini orang hantar lamaran nak ajak kahwin, saya nak ucap terima kasih tapi tak mampu nak balas semua lah.
“Nak kata tengah mencari tu kalau ada rezeki ada tapi saya tengah sibuk berniaga sekarang, duit kahwin tu inshallah ada, kalau duit business ni kena teruskan mencari sebab ramai staf kena jaga,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, apabila disoal sekiranya terbuka untuk menerima ‘jodoh’ dalam kalangan pengikutnya, Khairul Aming bagaimanapun percaya dan berserah kepada kuasa Tuhan.
“Jodoh ditangan Tuhan, saya terima sahaja yang penting serasi, memahami cara kerja, karier saya, sefahaman dan tiada masalah lah saya okay sahaja boleh terima,” tambahnya lagi.
Terdahulu, tular video memaparkan Khairul Aming yang mengakui dirinya masih ‘single’ dan meminta agar rakannya mencarikan calon isteri.
Dalam pada masa yang sama, ruangan komen dibanjiri dengan wanita yang menawarkan diri buat menjadi calon isterinya.