Baru-baru ini, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie memuat naik hantaran Instagram menunjukkan solidaritinya bersama mangsa perang di Gaza.

Dalam entri tersebut, Angelina atau lebih dikenali sebagai Angie menyifatkan pemimpin dunia yang tidak menyokong gencatan senjata ke atas Gaza sebagai bersubahat atas jenayah membunuh.

“Jutaan orang awam, kanak-kanak, wanita, keluarga dihukum tanpa berperikemanusiaan, semuanya dalam kebuluran dan kekurangan ubat-ubatan serta bantuan kemanusiaan adalah perkara yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa,” tulis Angie di ruangan kapsyen.

Perkara itu mendapat reaksi positif daripada penyanyi Fynn Jamal, yang mengucapkan terima kasih atas keberanian pelakon itu menyuarakan kebenaran berkaitan konflik berkenaan.

“Terima kasih. Saya memang tunggu awak bercakap tentang ini Angie. Apabila ramai orang yang tidak prihatin terhadap pelarian, awak antara yang berani bersuara berkaitan mangsa yang terkesan daripada peperangan.

“Sejak saya kanak-kanak, karya awak telah membuka jalan untuk ramai orang serta menginspirasi kami semua untuk melakukan perubahan walaupun sedikit,” tulis Fynn.

Sekadar info, Angelina sebelum ini pernah dikecam akibat bersikap neutral terhadap konflik Pal****n-Is**** yang hangat diperkatakan sejak 7 Oktober lalu.