Gaya Hidup

"Terima Kasih Sangat-Sangat" - Rizalman Sebak Orang Ramai Beratur Sejak Subuh Untuk Dapatkan Koleksi Beliau

gempak
Badrul Hashim
04/10/2019
06:07 MYT
Sponsor Banner
"Terima Kasih Sangat-Sangat" - Rizalman Sebak Orang Ramai Beratur Sejak Subuh Untuk Dapatkan Koleksi Beliau
Beberapa hari lalu, pereka fesyen ternama Dato' Rizalman 'mengamuk' di Instagram apabila promosi yang dibuatnya di Instagram untuk menjual koleksi beliau yang berupa beg tangan dan kasut yang diberi nama #ribae71, #ribucket71, #ripurse71 dan #riflats71 dijual lebih awal daripada waktu yang dia umumkan.
Ramai peminat yang terkilan kerana tidak dapat memiliki koleksi jenama beliau tersebut apabila waktu yang dicanangkan bermula jualan pukul 11:00 pagi tetapi telah mulai dijual bermula 6:00 pagi lagi.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Untuk tidak mengecewakan mereka yang tidak dapat membeli, Rizalman meminta produk yang disimpan supaya dijual kesemuanya tetapi dalam jumlah terkawal untuk setiap pembeli.
Aku dah PERINTAHKAN @sometime_byasiandesigners untok bok kluaq semua reserve units yg depa boh tepi untok kalu ada kes2 yg tidak di ingini sekiranya berlaku. Reserve unit ni tak banyak tau tapi cek ghasa boleh lah setakat nak tampong sedikit kekecewaan hangpa semua. Cek merayu mana yg dah dpt tu jgn lah dok menyebok nak beli lagi. Bagilah peluang kt oghang lain pulak. BACA dgn TELITI di bawah ?? . . . Rizalman 2019 collection reserved units release at Sometime showroom, The Gardens Mall. - Customers can start buying the collection at 10am, 4 Oct by slots. - Each slot duration is 30 mins with max. 6 pax. However, if any customer leaves earlier than that, we will allow the next one in immediately. - Each customer purchase limit is: 2 units for each design, regardless of colors (i.e max 2 Ribae, 2 Ribucket, 2 Riflats, 2 Ripurse) - Customer can purchase personalization on the spot and opt for either of the following: > Self collect at Gardens / HQ: 3 working days (earliest ready by Wednesday, 9 Oct if purchase on Friday) > Delivery within Malaysia : 5 working days - Limited units available. While stock lasts *sapa2 setan yahudi nk beli buat menega.. aku sumpah hangpa jadi kukoq nyioq
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Dalam pengumuman yang dibuat di Instagramnya, Koleksi Rizalman 2019 mula dijual di bilik pameran Sometime di The Gardens Mall bermula pada pukul 10:00 hari ini.
Apa yang mengagumkan pereka fesyen ikon ini, peminat-peminat sudah beratur sejak subuh lagi di The Gardens untuk mendapatkan koleksi beliau.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Selain gambar, beliau juga berkongsi video orang ramai beratur panjang menunggu bilik pameran tersebut dibuka. Malah ada yang mengadu kecewa kerana tidak dapat membeli produk 'ready stock' dan terpaksa membuat pre-order.
Dalam satu video lagi yang turut dimuatkan di Instagramnya, Dato' Rizalman kelihatan sebak dan mengalirkan air mata melihat sambutan daripada orang ramai yang datang untuk mendapatkan koleksi beliau.
"Siapa yang nombor satu? Sejak pukul lima pagi tadi?
"Terima kasih sangat-sangat! Tak plan pun tadi," kata Rizalman yang turun melihat keadaan peminat-peminat yang beratur menunggu bilik pameran dibuka.
Tahniah Dato' Rizalman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024