Nyanyian penuh rasa! Itu pujian diberi oleh pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu terhadap nyanyian Aina Abdul pada persembahan Anugerah MeleTOP Era (AME2021), Ahad lalu.

Persembahan Aina yang membawakan lagu Ke Hujung Dunia bersama Misha Omar menerusi lagu Bersamamu itu merupakan segmen tribute kepada arwah Siti Sarah.

Tambah membuai perasaan, persembahan itu turut disaksikan di hadapan Shuib sendiri yang turut hadir sebagai penyampai anugerah pada malam berkenaan.

Malah, wajah Shuib yang beberapa kali kelihatan di hadapan kamera turut menimbulkan rasa hiba penonton.

Meninjau ruangan komen perkongsian Aina di Instagram, suami Allahyarham Siti Sarah itu mengucapkan terima kasih kerana berjaya menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan.

“Terima kasih untuk satu nyanyian yang penuh dengan ‘rasa’,” coretnya.

Sekadar info, secara keseluruhan, Shiha membawa pulang lima anugerah dan Khai tiga anugerah.

Terdahulu, pihak Astro mengumumkan AME2021 ditunda ekoran pandemik COVID-19 dan diadakan semula Ahad lalu secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

BACA : Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Dinobat Top Top MeleTOP 2021!