Skip to main content

Berita Tempatan

Terima Kejutan Dari Keluarga, Irma Hasmie Sambut Hari Lahir Ke-37

irmabefunky-collage.jpg
Pelakon Irma Hasmie telah menyambut hari lahirnya yang ke-37 bersama keluarga tercinta semalam.

Irma berkongsi perkara itu menerusi beberapa entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Irma berasa gembira menerima kejutan oleh suami dan keluarganya ketika makan malam di sebuah restoran.

"Family, alhamdulillah, bear dekat belakang tu namanya Mr. Tamtam.

"Dia datang singgah sekejap saja, thank you TamTam siap berjoget malam tadi.

"But actually terkejut tiba-tiba ada lembaga coklat muncul di kedai makan,"
tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari jadi kepada Irma dan mendoakan kesejahteraannya.
 

Irma mulai popular pada sekitar tahun 2005 dan kerap membuat kemunculan menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video