Laman Utama
Terima Watak Kelakar, Nazim Othman Cabar Diri - “Syukur Ada Ruhainies”
Pelakon kacak Nazim Othman tidak berasa ragu untuk melakonkan watak kelakar memandangkan dia lebih dikenali dengan karakter yang serius.
Menurut Nazim, dia mahu mencuba pelbagai genre drama atau filem namun agak sedikit bimbang jika tidak dapat mengeluarkan sisi humor dirinya.
“Dalam sebulan juga masa yang saya ambil untuk keluar dengan naskhah kelakar ni. Pada tahap ini, saya tak boleh nak stagnan je dengan lakonan saya.
“Sebagai pelakon, saya mahukan kepuasan, kelainan dan kalau boleh biar penonton di luar nampak Nazim Othman membawa watak macam ni.
“Saya tak risau pasal penerimaan penonton masa awal-awal kita buat penggambaran tapi risau pembawakan diri saya dalam watak kelakar ni, itu agak membimbangkan la,” ujarnya kepada Gempak.
Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 38, ditemui pada acara lawatan media dan penggambaran drama bersiri terbaharu iQiYi berjudul Sorry Naik Lori bertempat di Uni Studio LTE, Hulu Langat, Selangor.
Bergandingan dengan Ruhainies buat pertama kalinya, Nazim membawakan watak seorang pemandu lori yang mempunyai isteri bergelar pempengaruh lakonan pelakon jelita Ruhainies.
Jelas Nazim lagi, Ruhainies dan pasukan produksi banyak membantu dirinya mencari keserasian dengan watak Khairul dan masuk ke dalam karakter kelakar tersebut.
“Minggu pertama masuk set, saya kena cari kesesuaian dulu untuk keluar dari Nazim Othman punya zon, masuk dalam watak kelakar. Lagipun dengan bantuan daripada pelakon lain macam Ruhainies, Sheila Mambo dan seluruh produksi, bila vibe dah masuk, kita berkongsi tenaga, so dia jadi senang.
“Saya tak kisah siapa pun bergandingan dengan siapa pun rakan pelakon tapi kali ni bersyukur sangat Ruhainies yang bawa watak sebagai isteri saya.
“Dia sangat happy go lucky, tapi Ruhainies ni, untung siapa dapat dia. Dia pandai ambil hati dan kami boleh vibe bersama,” puji Nazim lagi.
Must-Watch Video