Laman Utama

“Teringat Suara Dia Minta…”- Anak Sebak Imbau Kenangan Bersama Hamid Gurkha

gempak
Syafiqah Jalal
15/06/2022
06:39 MYT
Sponsor Banner
“Teringat Suara Dia Minta…”- Anak Sebak Imbau Kenangan Bersama Hamid Gurkha
“Tak boleh nak gambarkan perasaan itu, banyak kenangan bersamanya…”kata anak bongsu kepada pelawak lagenda Allahyarham Hamid Gurkha iaitu Nor Ashita Hamid ketika dihubungi Astro Gempak selepas pemergian bapanya semalam.
Kata Nor sebelum bapanya uzur, Hamid sering meminta anak dan cucunya berkumpul dan meluangkan masa bersama.
“Dia tinggal bersama saya. Jadi saya selalu teringat-ingat suara dia memanggil saya suruh memicit kakinya.
“Sebelum uzur dia selalu panggil anak-anak datang rumah..Sukalah dia buat makan-makan bersama-sama. Nampak dia suka bila anak-anak ada disekeliling dia.
“Baru-baru ini pun saya sempat membawanya bercuti ke A-Famosa Melaka. Dia memang suka jalan-jalan,” katanya.
Berkongsi pengalaman terakhir menyambut Syawal dengan bapanya baru-baru ini, Nor gembira kerana arwah dapat meraikannya dengan gembira wapaun sedang uzur.
“Dia dapat sambut raya seperti biasa meskipun sedang uzur. Malah saya bersyukur kerana dia dapat berpuasa penuh,” ceritanya lagi.
Hamid menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dekat sini, jam 2.19 petang semalam.
Arwah mempunyai lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024