Seekor kucing yang juga haiwan peliharaan kepada warga Singapura terselamat walaupun dipercayai terjatuh daripada tingkat 12 bangunan kediaman tuannya yang terletak di Segar Road, Bukit Panjang pada minggu lalu.

BERITA TRENDING: Jurugambar UK Ini Dakwa Ada Kedai Di Kuala Lumpur Jual Daging Kucing, Tapi Netizen Dakwa Sebaliknya

Pemilik kucing berkenaan, Noh Qa’ish berkata, haiwan kesayangan yang diberi nama Kiki itu dikatakan terjatuh kerana takutkan bunyi kuat yang didakwa datang daripada penghuni di tingkat atas bermain mercun.

Menerusi laporan Mothership, Noh memberitahu yang dia menyedari Kiki hilang selepas memeriksa daripada mana datangnya bunyi kuat berkenaan.

Apabila pulang ke kediaman, yang tinggal hanyalah seekor lagi kucingnya, iaitu Chico, manakala salah satu tingkap dilihat sedikit terbuka.



Dari situ, Noh mempercayai Kiki terjatuh daripada tingkap yang terbuka.

Kiki bagaimanapun ditemui oleh jiran di tingkat dua, dengan keadaannya yang berbunyi tanda menahan kesakitan. Noh yang bergegas turun terkejut melihat keadaan Kiki.

“Hal yang paling menyedihkan apabila melihat keadaannya yang menahan kesakitan sambil terbaring,” katanya.

Kiki kemudian dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami patah tulang pada salah satu kakinya dan kecederaan pada lelangit yang memerlukan jahitan.

Selain itu, Kiki turut mengalami kecederaan tulang belakang yang menghalangnya daripada menggerakkan anggota atas.

Pundi kencing Kiki juga dipenuhi cecair, menandakan Kiki tidak lagi mampu membuang air dengan sendiri.

Dalam perkembangan terkini, bahagian bawah badan Kiki masih lagi belum memberikan sebarang respons dengan makanan masih lagi diberikan menerusi tiub yang disambung ke mulutnya.

BERITA TRENDING: Tak Nak Pergi Vaksi, Oyen Buat Hal Nyorok Dalam Meter Kereta! - "Dia Punya Akal Boleh Buat Bibik Panas Hati"