Berita

Terlalu Bimbang Dengan COVID-19, Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri!

gempak
Fiza Kamarudin
30/03/2020
13:39 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Bimbang Dengan COVID-19, Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri!
Menteri Kewangan Hesse, Jerman, dipercayai membunuh diri selepas dilihat ‘terlalu bimbang’ akan krisis ekonomi susulan penularan wabak COVID-19, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, hari ini.
Thomas Schaefer, 54, ditemui mati berdekatan sebuah landasan kereta api, semalam, dan pejabat pendakwa raya Wiesbaden percaya bahawa beliau membunuh diri.
“Kami terkejut, berasa tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih,” kata Bouffier dalam satu rakaman kenyataan.
Hesse terletak di Frankfurt yang juga ibu kota Jerman, di mana ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.
Bouffier memaklumkan, Schaefer yang merupakan Menteri Kewangan Hesse sejak 10 tahun lalu, bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja menghadapi impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.
“Hari ini, kami terpaksa mengandaikan bahawa beliau terlalu bimbang.
“Kita memerlukan seseorang seperti beliau pada saat-saat sukar sebegini,” katanya yang juga sekutu rapat kepada Canselor, Angela Merkel.
Schaefer yang popular dan dihormati ramai, telah sekian lama disebut-sebut sebagai mungkin menjadi pengganti kepada Bouffier.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live