Sejak filem Merewang Keluarga Pak Awang ditayangkan, watak Zizan sememangnya antara yang menjadi bualan netizen.

Kali ini bukan sebagai hero sebaliknya Zizan membawakan watak antagonis bernama Dol yang merupakan jejaka kampung berlagak mulia.

Menerusi komen-komen yang diberikan netizen, rata-ratanya meluahkan rasa geram melihat karakter Zizan yang licik untuk merosakkan majlis perkahwinan anak Pak Awang.

Namun dalam pada rasa geram, netizen juga sukakan elemen lucu bersahaja yang dibawakan Zizan dalam filem berkenaan.

Pujian juga turut diberikan kepada pengarahnya iaitu Adlin Aman Ramlie yang bijak memilih karakter untuk menghidupkan lagi filem tersebut.

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

BACA: Perangai Karakter Gila-Gila, Jalan Cerita Rilek Tapi Best, Ini Lima Sebab Netizen Approved Merewang Keluarga Pak Awang

BACA: Ini Sebab Kenapa Zizan Razak Setuju Untuk Berlakon Dalam Merewang Keluarga Pak Awang - “Bila Dengar Ada…”

BACA: Merewang Keluarga Pak Awang Papar Tradisi Kerja Kahwin, Gandingan Zizan Razak & Sabri Yunus Memang Pecah Perut!

Selain Zizan Razak dan Sabri Yunus, filem ini turut dilakonkan oleh Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea dan Adlin Aman Ramlie.

Merewang Keluarga Pak Awang Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin.

Saksikan filem Merewang Keluarga Pak Awang yang sudah berada Di Pawagam Rumah Anda iaitu Astro First.

SINOPSIS:

Merewang Keluarga Pak Awang mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang (Sabri Yunus) ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran.

Dol (Zizan Razak) iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara.