Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Teruk Dikeji & Dihina Individu, Ibu Aliff Aziz Kritik Sikap Cybertroopers Malaysia - Menjadi B*ruah Yang Tidak Dibayar Sangat Tidak Berbaloi

Firdaus
28/06/2024 06:16 MYT
Ibu kepada selebriti kontroversi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil dilihat masih lagi menerima kata-kata nista daripada netizen.

BERITA TRENDING:Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz

Menerusi entri di Instagram, Siti Hafizah berkongsi hantaran seorang individu yang mengeluarkan kata-kata kejian terhadapnya.

"Lah hidup lagi anak b*bi anj*ing ini, ingatkan mati dah?

Apa yang lebih teruk, individu tersebut turut mendoakan Siti Hafizah agar meninggal dunia.

"Lah hidup lagi anak b*bi anj*ing ini, ingatkan mati dah?

"Mak cik anak b*bi keturunan anj*ing bila nak mati?" tulis individu itu.

Beri Respons Tenang

Enggan melatah, ibu kepada pelantun lagu Sayang-Sayang itu tampil memberikan respons tenang terhadap hantaran yang diterimanya.

BERITA TRENDING:Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?

Siti Hafizah juga menyifatkan kata-kata serta tindakan individu berkenaan sangatlah hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kebaikan

BERITA TRENDING:Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

"Alhamdulillah, inilah insan hebat Masya-Allah Tabarakallah. Menjadi b*ruah yang tidak dibayar sangat-sangat tidak berbaloi ya, anak. As expected, boleh memberi tetapi tak boleh menerima? Masya-Allah ‘cybertroopers’ sekali lagi," katanya.

Susulan kritikan yang diterima, Siti Hafizah mengambil inisiatif menutup ruangan komen di hantarannya itu.

BERITA TRENDING:Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

Sekadar info, Fiza dilihat kerap berkongsi kata-kata kecaman yang dilemparkan netizen kepadanya sejak muncul kembali selepas lama mendiamkan diri susulan kontroversi melibatkan anaknya, Aliff dan pelakon jelita, Ruhainies.

#pelakon #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Netizen #hiburan
;