HIBURAN
Tetap Wish Birthday Anak, Ibu Anna Jobling Sempat Curhat Di IGs - "Yang Tahu Saja Tahu Apa Yang Terbungkam..."
Ibu kepada pelakon jelita Anna Jobling, Ariz Ayop turut melayangkan ucapan hari jadi ke-25 tahun anak perempuan tunggalnya pada Khamis.
Tulis Ariz ringkas; "Happy Birthday anak. 14/08/25❤️"

Namun, dalam hantaran di Instagram Stories, Ariz sempat berkongsi luahan perasaannya difahamkan merujuk kepada pergolakan yang sedang berlaku ketika ini.
"Yang tahu sahaja yang tahu apa yang terbungkam di hati ini. Biarlah dunia di luar sana menghakimi.
"Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya..." tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan situasi yang berlaku antara kedua-dua beranak ini.
Malah, ada yang berharap agar hubungan Ariz dan Anna kembali jernih.
"Hi kak Ariza, knowing u such a great person , humble and it was past 10 years kak and Anna was 7 if im not mistake.. im so sad kak tgok keadaan akak like this apa2 pun…pray for u hope this thing bole setel cara baik dan moga Allah permudah kan urusan akak.
"Sebak Pula hati ni...manusia tiada yang sempurna didunia..Allah Maha mengampuni hamba2nya..dan Allah Pula berpesan menghormati la ibu ayah walauapapun dia lakukan pada kita.saya mendoakan keluarga ini Allah bantu segera hilangkan segala kesedihan aamiin.
"stay strong mama. you both need time and space to heal. semoga yg baik2 je utk hubungan aunty and Anna," tulis beberapa warganet.
Must-Watch Video