Gaya Hidup

“Thank You For Plagiarizing My Product" - Duck Scarves Lancar Turban, Didakwa Tiru Rekaan Ilham Echenta?

Azwa Rahman
18/04/2019
04:03 MYT
Jenama tudung terkemuka, dUck Scarves telah melancarkan koleksi turban mereka tiga hari lalu.
Hadir dalam gaya paling minimalis dan bercirikan segera, turban yang direka dari material jersi ini cukup mendapat perhatian penggemar ‘duckies’.
Namun, dalam meraikan koleksi terbaharu mereka ini, turban yang hadir dalam sembilan warna itu dikatakan sama seperti turban dari koleksi Turban Scarlett yang dihasilkan oleh jenama Ilham Echenta.
Pengarah Kreatif Ilham Chenta, Faezah Ahmad Fazdil menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama @echenta mendakwa turban dUck telah meniru rekaan turban Scarlett.
“I feel so disrespectful to be treated this way with my very own buyer since 2014. Thank you for plagiarizing my product yesterday”, tulisnya lagi.
Sehingga kini, ramai peminat turban Ilham Echenta turut sama berpendapat bahawa turban dUck Scarves menyerupai turban jenama itu.
Netizen juga dilihat menyerang akaun Instaram @theduckgroup dengan melontarkan pendapat mereka.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pengasas The dUck Group, Datin Vivy Yusof.
Sumber foto: theduckgroup dan ilhamechenta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Vivy Yusof Rancang Kolabarasi Dengan Barbie Untuk Tudung Terbaharu

gempak
20/03/2019
11:05 MYT
Berita

Netizen Nak Jadi Anak Saudara Maksu Pemurah Ganti Duit Raya Dengan Duck Scarves

gempak
30/06/2017
02:54 MYT