GEGAR VAGANZA 7
#ThrowbaekVaganza, Kalau Dah Lupa…Ini Cerita Menarik Tentang Bekas Juara GV!
Sepanjang bersiaran sejak enam musim lalu, program realiti Gegar Vaganza (GV) telah melahirkan juara di kalangan penyanyi-penyanyi berkualiti.
Pada musim pertama GV telah mengangkat Ayai (Illusi) sebagai juara, diikuti Siti Nordiana GV2, Azharina GV3, Aishah GV4, Noryn Aziz GV5 dan dua juara pada GV6 iaitu Naqiu serta Hady Mirza.
Namun, masih ingatkah anda momen atau fakta menarik mengenai mereka sepanjang penyertaan dalam GV?
Jom…Kita refresh balik!
1. Ayai Illusi Kalau Aku Kaya
Pada tahun 2014 Ayai memulakan perjuangannya dipentas GV dan berjaya menewaskan Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist di pusingan akhir. Lagu yang telah dipersembahkan Ayai pada Konsert Akhir Gegar Vaganza ialah Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmat.

Ketika menyanyikan lagu Kalau Aku Kaya, Ayai mengaku gementar tapi dia sorok perasaan itu dan hanya enjoy persembahannya dengan Rahmat. Karakter Ayai yang ceria berjaya menyorokkan perasaan gemuruhnya ketika itu. Fuhh!
2. Siti Nordiana Kenangan Bersama Allahyarham Nassier Wahab
GV2 mungkin menjadi momen berharga buat penyanyi Siti Nordiana, kerana memiliki kenangan bersama penyanyi lagenda, Allahyarham Nassier Wahab yang sama-sama berjuang sehingga ke pentas akhir.

Penyanyi yang mesra disapa Nana ini menepati ramalan muncul sebagai juara apabila menewaskan Farahadhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong Sweet Child! Memang memorable pentas GV2 ini apabila Allahyarham Nassier Wahab menyahut cabaran menyanyikan lagu rap!
Nana pula menyanyikan lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain pada malam tersebut dan memang wow!
3. Azharina Persalinan RM300,000 & Mikrofon Bling-Bling
Kalau nak diikutkan GV3 memang paling banyak kontroversi tau...Antaranya insiden rebut mikrofon di antara Datuk Seri Vida dan kru produksi, tuduhan bintang GV ‘main bomoh’, drama air mata Elly Mazlein, Nabil dilabel mulut lahar oleh netizen selepas mengusik Elly Mazlein, Ameng lupa lirik, Zarul Umbrella dan Siti Sarah pengsan, Nora Ariffin dikutuk netizen dan Gmie Screen sering dikunjungi saudara mara sejak menyertai pertandingan tersebut.

Azharina? Haruslah kontroversi yang melibatkan dirinya meletop! Ingat tak dengan imej luar biasa Azharina ketika menyanyikan lagu No Women No Cry? Pada malam tersebut, Azharina memberitahu persalinannya termasuk aksesori bernilai RM300,000! Dan…tentera bawang terus mempertikaikan kenyataan tu...Itu belum cerita lagi tentang mikrofon Azharina yang Vogue d’ Vass!
Azharina menewaskan Siti Sarah, Zarul Umbrella, Ameng Spring, Intan Sarafina dan Gmie Screen!
4. Aishah ‘Janji Manismu’
Rasanya kontroversi yang satu ini memang takkan luput dalam ingatan semua. Masakan tidak, ia melibatkan hadiah kemenangan membabitkan penaja GV4. Memang ‘bergegar’ satu Malaysia dibuatnya!

Kontroversi tersebut bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua pihak berjaya menyelesaikannya!
Pada malam final GV4 Aishah menepati ramalan apabila menewaskan Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman.
5. Noryn Aziz Paling Low Profile
Inilah juara GV5 yang paling low profile dan relaks sepanjang pertandingan berlangsung. Sentiasa tersenyum ketika juri memberikan komen.

Pertarungan Noryn Aziz dengan Dia Fadila menyanyikan lagu Where Is The Love memang padu! Di dalam dewan, ramai penonton bangun beri temukan gemuruh!
Noryn berentap dengan Dia Fadila, Zamani Slam, Amelina, Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain.
Pentas GV5 juga menyimpan kenangan para bintang bersama Allahyarham Mya Ruslee yang meninggal dunia akibat kanser pada Mac tahun ini.
6. Naqiu & Hardy Mirza Cipta Sejarah
Terasa macam masih baru lagi dua bintang ini diangkat sebagai juara GV. Pertama kali dalam sejarah pertandingan di Malaysia ada dua juara dalam satu pertandingan.

Apa pun, kedua-dua peserta ini sering memberikan persembahan terbaik sejak minggu pertama dan sering mendapat pujian juri.
Sepanjang pertandingan juga, boleh nampak Naqiu dan Hady Mirza saling bersaing. Bersaing secara sihat, macam ni lah kualiti juara kan?
Naqiu dan Hady Mirza menewaskan Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, Nurfatima, One Nation Emcees dan Sham Visa.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Must-Watch Video