,
Laman Utama

“Ti Mesti Kau Tengah Senyum Sekarang…Shuib Dah Lunaskan Hasrat Kau Ti” – Ibu Tiri Siti Sarah

Fiza Kamarudin
10/02/2022
03:15 MYT
Ibu tiri kepada Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi mengakui Allahyarham sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Siti Fatimah berkata, Allahyarham memang sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong dan dan pernah berhasrat untuk menyerahkan tudung Loveta kepada baginda.
Hasrat tersebut akhirnya tercapai apabila Shuib meyerahkan sendiri tudung Loveta kepada Raja Permaisuri Agong ketika bertemu baginda di Tunku Azizah Golf Challenge 2022, baru-baru ini.
"Ti (panggilan Siti Sarah), mesti kau tengah senyum sekarang ini kan. Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima Loveta.
"Kalau arwah ada mesti dia gembira sangat sekarang ini. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian. Dia sangat mengagumi Raja Permaisuri.
“Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti. Alhamdulillah," tulisnya di ruangan komen pada hantaran di muat naik Shuib di Instagram.
Sementara itu Shuib, berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong berkenan menerima pemberian tersebut.
Shuib berkata, pemberian itu adalah rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isterinya pada Ogos tahun lalu.
"Berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima pemberian Loveta ketika bertemu di Tunku Azizah Golf Challenge 2022.
"Pemberian ini juga adalah sebagai titipan rasa terima kasih saya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta saya Siti Sarah pada tahun lalu.
"Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat. Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong," tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruk Dikecam Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Pekerja, Shuib; "Demi Allah... Tiada Langsung Niat Saya"

gempak
19/11/2024
03:55 MYT
Pelawak, pelakon dan penyanyi Shuib Sepahtu tidak akan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”

gempak
15/11/2024
12:25 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu menganggap dia tidak gagal dalam perniagaan, sebaliknya apa yang berlaku merupakan ujian yang harus dihadapinya.
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Unitar