Penyanyi Lan Solo sekeluarga telah pun selamat tiba di Kuala Lumpur selepas lebih kurang dua minggu ke Sabah ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isterinya, Sheila Hassim akui bersyukur kerana perjalanan mereka dipermudahkan dari awal sehingga selamat pulang ke kediaman mereka.

Justeru, Sheila berkongsi lapan prosedur yang perlu dilakukan untuk merentas negeri.

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai semenanjung. Senang je prosedur untuk merentas negeri:

“1. Sebelum beli tiket flight, make sure airlines punya date & time terbang tu seperti dijadualkan. Kami naik MAS. Dan terus PRINT ya maklumat booking tu.

“2. ISI DECLARATION FORM secara online dalam emel yang airlines emelkan confirmation booking.

“3. Bawa bukti booking flight & FOTOSTAT IC ke mana-mana balai polis yang berdekatan untuk ambil SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI.

“4. Bila lulus, terus pergi buat SWAB TEST ya.. tempoh valid hanya 72 jam shj. Dan PRINT RESULT test tu. Kami buat di KLINIK MEDISINAR LOK KAWI. Result dalam masa 30 mins sahaja.

“5. Bawa semua dokumen di atas semasa check in & tunjukkan di kaunter tiket & kaunter imigresen.

“6. Masa di airport, jangan lupa scan MY SEJAHTERA ya..Selamat terbang & sentiasa jaga SOP ya..
“7. Bila tiba di KLIA.. ikut je laluan yang dikhaskan.. KETIBAAN DARI SABAH.. Ikut je k.. jangan degil.. .

“8. TIADA KUARANTIN.. tetapi kami sekeluarga mengambil pendekatan untuk KUARANTIN SENDIRI DIRUMAH ya..,” jelasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata membari pelbagai respon termasuk bersyukur urusan mereka dipermudahkan

Lan dan Sheila mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.