,
Berita

Tiada Salah Satu Ciri Keselamatan Termasuk Lampu, Penunggang Basikal Di Putrajaya Berdepan Tindakan

Maliah Surip
02/01/2021
07:50 MYT
Polis Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek.
Tindakan tersebut akan berkuat kuasa bermula 9 Januari 2020.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata individu yang didapati bersalah akan dirujuk ke mahkamah dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.
Beliau berkata penguatkuasaan dibuat untuk memastikan keselamatan penunggang basikal di Putrajaya yang semakin menjadi tumpuan dengan anggaran 1,000 orang berbasikal pada hari minggu.
"Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dihukum mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya selepas Operasi Khas Basikal di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.
Mohd Fadzil berkata tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.
"Selain itu, penunggang basikal juga boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana tidak memasang lampu pada basikal dan Kaedah-Kaedah 42 kerana tiada ciri keselamatan seperti brek dan loceng iaitu hukuman tersebut tidak boleh dikompaun (NC)," katanya.
Mohd Fadzil berkata statistik kemalangan jalan raya melibatkan basikal di Putrajaya merekodkan enam kes pada 2019 dan kesemua mereka mengalami cedera ringan, manakala 11 kes direkodkan tahun lepas dengan satu kes maut.
Beliau berkata penunggang basikal harus mengambil serius terhadap ciri-ciri keselamatan bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain peka dengan kehadiran mereka.
"Pihak polis ingin menegaskan aktiviti berbasikal pada waktu dan tempat yang sesuai adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya," katanya.
Operasi Khas Basikal yang dilaksanakan bermula 1 hingga 3 Jan bertujuan menasihati dan mengingatkan penunggang basikal tentang penguatkuasaan yang akan bermula pada 9 Jan.
Penguatkuasaan itu dilaksanakan di Putrajaya ekoran seorang penunggang basikal wanita maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori di Jambatan Putrajaya yang juga laluan ke Presint 8, Presint 9 dan Presint 10 pada 19 Dis lepas.
Sementara itu, Mohd Fadzil berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya terkilan dengan kealpaan pihak penganjur mengenai latihan terjun BASE semalam yang mengorbankan Azuan Taharudin, 49.
Beliau berkata pihak penganjur seharusnya memaklumkan sebarang aktiviti yang dirancang bagi membolehkan polis membuat persiapan dan penilaian dari segi kawalan trafik dan keselamatan.
Dalam kejadian 5.35 petang semalam, mangsa bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan BASE sempena Hari Wilayah 2021 di bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Mohd Fadzil berkata polis akan meminta surat tunjuk sebab daripada PPj kerana tidak memaklumkan kepada polis mengenai latihan tersebut.
Katanya kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber & Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

gempak
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.