Skip to main content

Hollywood

Nicolas Cage Tukar Nama Kepada Nicolas Cage

Astro Gempak nicolas cage

Sekilas

  • Nicolas Cage secara rasmi menukar nama sebenar dari Ncolas Kim Coppola kepada nama pentasnya, Nicolas Cage, sejak tahun lalu.
  • Dia memilih nama Cage untuk berdiri sendiri dan menjadi ketua keluarga tanpa dikaitkan dengan keluarga terkenal Coppola.
  • Nama Cage diilhamkan daripada watak komik Marvel, Luke Cage, dan bertujuan untuk bunyi yang megah serta mudah diingati.
Advertisement

Aktor tersohor Hollywood, Nicolas Cage mengaku telah menukar nama sebenarnya kepada nama pentas yang dipakai selama ini - Nicolas Cage.

Cage dilahirkan dengan nama sebenar Ncolas Kim Coppola. Namun sejak tahun lalu dia telah menukar namanya secara sah kepada Nicolas Cage, yang merupakan nama pentas dalam dunia seni.

Advertisement

Menurut bintang Face/Off itu, dia mengambil keputusan menggunakan nama Nicolas Cage kerana ingin ‘berdiri sendiri’ sebagai ketua keluarga berbanding kerap dikenali sebagai sepupu kepada keluarga berpengaruh Coppola.

“Saya kini Nicolas Cage. Saya sudah menukar dan menggunakan nama ini secara sah sejak tahun lalu. Jadi saya adalah Nick Cage di pentas seni dan saya juga Nick Cage di kehidupan nyata,” katanya seperti dilaporkan Variety.

Cage, 62, kemudian menambah: “Saya rasa lebih baik saya menjadi ketua keluarga daripada sering dikaitkan dengan keluarga atau menjadi ‘saudara badut’ kepada orang lain (Coppola). Saya mahu jadi Cage.”

Nama Cage diambil daripada nama fiksyen komik Marvels, Luke Cage selain keluarganya mahu nama pentas aktor itu berbunyi megah seperti artis John Cage, Buat bintang itu sendiri, dia mahu dikenali dengan nama pentas yang singkat tetapi manis seperti James Dean.

Tambah Cage, dia tidak mahu mengubah nama Nicolas kerana ia diberikan oleh bapanya, August Coppola yang merupakan abang kepada Francis Ford Coppola. Ford Coppola adalah pengarah dan penerbit filem yang sangat berpengaruh termasuk terkenal dengan karya ikoniknya The Godfather.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement