Laman Utama

Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Guru Pendidikan Jasmani Didakwa ‘Bergurau Lucah’

gempak
Gempak
06/08/2021
02:45 MYT
Sponsor Banner
Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Guru Pendidikan Jasmani Didakwa ‘Bergurau Lucah’
Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap seorang guru yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.
Media 24 April lalu melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.
Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.
Bagaimanapun, pelajar mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.
Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.
Bagaimanapun pelajar terbabit berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab menerusi ciapan di Twitter berkata, keluarganya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live