Pelakon Rebecca Nur Al Islam akui tidak mahu merasa bersalin secara normal meskipun dia mampu.

Rebecca memberitahu dia lebih rela melahirkan ke empat-empat orang anaknya secara pembedahan.

Pelakon itu mendedahkan mengapa dia memilih proses bersalin itu di Instagram (IG) Live sebentar tadi.

“Kenapa saya melahirkan secara pembedahan kerana saya seorang penakut dengan hospital.

“Jika saya sakit selama ini pun saya hanya baring dan makan ubat sendiri di rumah.

“Jadi macam mana saya decide untuk bersalin secara pembedahan…

“Masa saya kahwin saya cakap dengan suami saya kalua saya mengandung dan beranak kelak saya tak mahu bersalin normal walaupun saya tahu saya mampu.

“Saya kata saya mahu bersalin secara pembedahan sahaja,” katanya.

Becca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang anak dan seorang anak angkat.