BERITA
Tidak Mengharapkan Pengiktirafan, KS Maniam Ikhlas Berkarya
KS Maniam, 77, adalah satu nama yang tidak asing dalam karya penulisan dan sastera. Hasil kerjanya banyak digunapakai di sekolah mahupun universiti tempatan.
Maniam adalah pemenang Anugerah Raja Rao, sebuah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penulis di Asia Tenggara.
Bercakap mengenai pengiktirafan dan pangkat, Maniam akui tidak memerlukan kurniaan darjat kebesaran yang membawa gelaran Datuk atau sebagainya.
"I didn't seek it at this age, I don't even want it.
"I'm honoured not being offered," katanya.
Menurut Maniam, dia sudah cukup gembira apabila hasil kerjanya digunakan oleh pelajar universiti sebagai rujukan untuk PhD dan Master mereka.
"They are not only saying,'we are interested enough in your work to do our Master and PhD thesis,' but also,'You helped us to get a job."
Maniam merupakan anak kepada pekerja estate dari Bandong, Kedah dan telah menerbitkan karya pertamanya 55 tahun yang lalu ketika dia berusia 22 tahun.
Di bawah merupakan video Maniam mendedikasikan sajak hasil karyanya yang berjudul The Unborn.
Sumber : Astro Ulagam
Must-Watch Video