Hiburan

“Tidak Perlu Imbas Atau Daftar MySejahtera Sekiranya...” - Menteri Perjelas Kekeliruan Di Stesen Minyak!

Hanafis Haris
10/11/2020
09:11 MYT
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil menjelaskan kekeliruan mengenai keperluan mengimbas aplikasiMySejahtera di stesen minyak.
Menurut Ismail, terdapat beberapa situasi yang memerlukan orang ramai mengimbas QR MySejahtera atau sebaliknya.
“Bagi individu yang melakukan bayaran transaksi di dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membeli barang atau keluar duit menerusi mesin ATM, maka mereka perlu mendaftar.
“Sebab bila di dalam dia akan bersemuka dengan jurujual, maka MySejahtera itu perlu.
“Begitu juga di surau dan tandas stesen minyak. Selain itu jika mereka menghantar kereta di bengkel atau mencuci kereta di stesen minyak, berjumpa dengan orang ramai maka aplikasi MySejahtera perlu,” katanya.
Jelasnya, bagi individu yang mengisi minyak di pam dan bayar mengunakan transaksi kad debit, kad kredit atau aplikasi atas talian, mereka tidak perlu mendaftar.
“Jika tidak masuk ke dalam premis, tiada kontak maka mereka ini tidak perlu daftar MySejahtera atau secara manual. Swipe kad, isi minyak terus keluar.
“Begitu juga individu yang bayar secara transaksi di tingkap (kaunter) yang dipisahkan dinding kaca tapi tidak masuk kedai. Mereka tidak perlu daftar.
“Cuci kereta secara automatik dan tidak membuat bayaran di dalam kedai juga mereka tidak perlu daftar,” katanya pada sidang media harian yang berlangsung sebentar tadi.
Menurutnya, diharapkan perkara ini jelas, namun jika ada kekeliruan anda boleh rujuk di laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Terdahulu, isu imbasan MySejahtera menjadi perdebatan ramai apabila pihak polis dikatakan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas aplikasi tersebut sewaktu mengisi minyak
Arahan itu susulan viralnya klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.
Namun, laporan terbaru dikeluarkan oleh The Star, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu orang ramai hanya perlu mengimbas sekiranya memasuki kedai serbanek di stesen minyak.
“Kami diberitahu orang ramai hanya perlu imbas QR dan mengambil suhu ketika memasuki kedai, tandas dan surau.
“Selebih daripada itu tidak perlu,” katanya.
BACA: “Tidak Perlu Imbas MySejahtera Ketika Pam Minyak” - Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Selamba Masak Di Stesen Minyak, Group Kereta Dikritik Warganet - "Level B*doh Dia Tak Boleh Bawa Bincang"

gempak
13/05/2024
05:57 MYT
Tular satu video TikTok baru-baru ini memaparkan beberapa individu membawa alatan memasak dan menjamu selera di sebuah stesen minyak terkenal di Malaysia.  Menerusi entri berdurasi satu minit itu, dapat dilihat kumpulan berkenaan tanpa rasa bersalah memasak menggunakan dapur mudah alih disertakan dengan meja dan kerusi lipat seolah-olah sedang 'be
Advertorial

Pergi Caltex Bukan Sekadar Isi Minyak, Ini Tiga Perkara Yang Korang Akan Dapat Jika Singgah!

gempak
16/04/2024
12:55 MYT
Korang mesti love.
Laman Utama

Kereta Rosak Selepas Isi Petrol, Haqiem Rusli Terkilan Stesen Minyak Enggan Bertanggungjawab - “Kos Untuk Baik Pulih Dianggarkan Hampir…”

gempak
05/05/2023
04:55 MYT
Harap dapat diselesaikan dengan baik.
Laman Utama

Wanita Dikecam Isi Petrol Lamborghini Sambil Rakam Video - "Ada Signboard Tak Boleh Main Phone Kan"

gempak
22/07/2022
00:00 MYT
Viral di media sosial aksi wanita isi minyak sambil main phone.
Laman Utama

Bandingkan Cara UK & Netherland Kendali COVID-19, Individu Ini Puji Malaysia - “Baru Tahu Betapa Hebatnya Malaysia Handle COVID-19”

gempak
06/04/2022
22:50 MYT
Maklum balas positif!